Sunday, March 23, 2008

Unggul-One

Read more! | 0 comments

We were approached by this lady, Lilie (the boss) to help her to set up her website recently. Yes of course with my own connections I got Bro Ghazali to write the Berita Harian article so yeah.. In the course of one and a half month, the website is now ready for public to view...

The product is focused on ladies cleanliness....What does a guy like me know right but its interesting when you go through the process of learning and understanding women's needs. Hey guys out there check out this product and get it for your wives k.....Nothing wrong with that right?

Anyway Lilie is trying to break into the European market lately she even asked me to try out the Google Advertising system. I'm not an expert in Google Adwords system yet even though I've been messing with it. We'll see how if I can specialise in it in the future. Anyone knows where I can attend a course on that.

Ok so visit http://www.unggul-one.com

If you all did not read this article in Berita Harian yesterday, Saturday, 22nd March 08. Here's the article extracted from Cyberita.


The image “http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/media/image/launched/2008-03-22/BH_IMAGES_SABTUU.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Oleh Mohd Ghazali Mahmood

SIAPA kata produk tradisional tidak dapat menembusi pasaran antarabangsa?

Berbekalkan semangat serta keyakinan, seorang usahawan wanita Melayu setempat telah membuka sebuah syarikat pengedar barangan produk tradisional dengan matlamat menembusi pasaran antarabangsa melalui strategi pemasaran yang lebih menyeluruh.

Syarikat Unggul One, yang akan menumpukan kepada pasaran Singapura, ditubuhkan oleh Cik Widya Lilie, pada awal tahun ini.

'Saya melihatnya sebagai suatu peluang bagi produk tradisional untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui strategi pemasaran yang lebih menyeluruh.

'Walaupun produk penjagaan berunsur herba memang telah lama berada di pasaran tetapi ia lebih dipasarkan sebagai ubat- ubatan tradisional yang disasarkan khusus kepada masyarakat Melayu sahaja,' ujar beliau, yang memulakan perniagaannya dengan modal $25,000.

Berbekalkan pengalaman beliau dalam industri kecantikan dan kesihatan, Cik Lilie kini berazam untuk menggunakan kelebihan ini bagi menjadikan syarikatnya sebagai pemain utama dalam industri penjagaan kebersihan untuk wanita.

Beliau kini sedang sibuk membangunkan rangkaian pengedaran di beberapa buah negara termasuk Malaysia, Brunei dan Thailand, selain rantau Timur Tengah dan Eropah.

Strategi pemasaran yang diambilnya adalah dengan melantik pengedar utama di setiap negara pasaran yang disasarkan.

Beliau memasarkan produk yang juga berjenama Unggul One, khusus untuk penjagaan dan kesihatan anggota sulit wanita. Produk yang dipanggil Secret One dan Secret Care diperbuat daripada ramuan herba seperti manjakani, kayu serapat, pati daun sirih dan bunga ros.

Pengeluarannya pula melalui proses kawalan kualiti yang ketat dan dihasilkan bersama sebuah pengeluar yang berpengalaman.

Cik Lilie, yang berasal dari Singapura, menimba pengalamannya apabila beliau bekerja dengan beberapa syarikat kosmetik Perancis di mana beliau diberi tanggungjawab bagi pemasaran produk dan kemudian latihan.

Penglibatan selama hampir 25 tahun itu turut memerlukan beliau bertugas di luar negeri termasuk Thailand, Brunei dan Britain.

Apabila pulang ke tanah air dalam 2000, Cik Lilie teringin pula membuka perniagaannya sendiri.

Beliau pernah menjalankan dua buah perniagaan - butik dan perkhidmatan spa - yang sudah pun dijualnya kepada pihak lain.

Produk-produk Unggul One sedang berusaha mendapatkan pensijilan daripada badan-badan tertentu bagi memudahkan usaha meletakkannya di rak-rak runcit farmasi.

Cik Lilie begitu yakin akan potensi perniagaannya kerana pendekatannya mengambil kira perluasan pasaran yang merangkumi peningkatan imej produk dan juga jaringan perhubungan yang terjalin semasa beliau tinggal di luar negara.

Beliau yakin penjualan tahun pertama dapat mencecah $25,000. Produk Unggul One juga dipasarkan secara online di laman www.unggul-one.com.


My Life Mission: I enable others to discover purpose in their lives and empower them to pursue their dreams and live life to the fullest with God's blessing.

fspurelogoeoLogo themaneoLogo




0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Listen to my interview live on RSI on Tuesday 1st April @ 5.30pm http://www.rsi.sg/malay/main/index/.html


akudetaicon.jpg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Blog Archives -

Unggul-One