Thursday, April 24, 2008

RSI Interview Part 2

Read more! | 0 comments

The image “http://www.technoeo.net/wp-content/uploads/2008/03/rsi.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Read on about the second Interview.

http://www.fadzuli.com/interviews/rsi-interview-part-2/



Event to look out for tomorrow evening:

Bicara Bisnis di Masjid Kassim @ 7.30pm

Mr Azul Shah, pemilik of Glohex Consulting Group

Information from http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,117272-1208901540,00.html?

Oleh Norhaiza Hashim

PENGALAMANNYA berniaga di Malaysia luas walaupun beliau anak Melayu Singapura.

Menggunakan Malaysia sebagai tapak perniagaannya, Encik Azul Shah, pemilik Glohex Consulting Group, ingin membawa konsep halal di mata dunia.

Beliau akan mengongsi pengalamannya di 'Bicara Bisnes' anjuran Kelab Ekoniaga (KE) Berita Harian Jumaat ini di Tingkat 2, Wisma Indah di Masjid Kassim.

Menurut Encik Azul, Glohex merupakan sebuah syarikat runding cara halal yang telah membangunkan satu Sistem Pengesahan Halal (HalTrust) bernilai $2 juta bagi membantu badanbadan pensijilan halal di dunia menjalankan tugas mereka dengan lebih mudah.

'Semasa saya di Singapura dan cuba mencapai cita-cita untuk membangunkan sistem pengesahan itu, ramai yang meraguinya dan saya tidak dapat banyak sokongan. Lantas, saya pergi ke Malaysia untuk meneruskan cita-cita itu,' kata Encik Azul yang menubuhkan Glohex pada 2003.

Glohex banyak bekerjasama dengan agensi kerajaan di Malaysia seperti Perbadanan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (Smidec) dan Agensi Perkembangan Dagangan Malaysia (Matrade).

Rangkaiannya di dunia juga amat luas terutama di Afrika Selatan, Australia dan Pakistan yang sudah pun bersetuju menggunakan sistem HalTrust.

Syarikat itu juga merancang untuk membangunkan pasar raya halal 100 peratus di Malaysia.

'Dalam ceramah saya Jumaat ini, saya akan menceritakan mengenai pengalaman dan akan memberi nasihat bagaimana menjalankan perniagaan di Malaysia,' kata Encik Azul.

Di Singapura, Glohex juga bekerjasama dengan Politeknik Singapura (SP) untuk Pusat Latihan dan Kajian bagi Kewangan Islam tahun lalu.

Glohex akan menganjurkan Sidang Dagangan Halal dari esok hingga Khamis di Singapore Expo sempena Pameran Makanan dan Hotel Asia (FHA 2008).

Untuk menyertai 'Bicara Bisnes', sila hubungi NowAsia di talian 6220-0701, 9826-3597 atau 9220-0360.

Masuk percuma bagi anggota KE manakala $10 akan dikenakan bagi bukan anggota yang akan juga mendapat keanggotaan KE secara percuma.


JUMPA ANDA DI SANA!!!
SEE YOU THERE!!!

My Life Mission: I enable others to discover purpose in their lives and empower them to pursue their dreams and live life to the fullest with God's blessing.

fspurelogoeoLogo themaneoLogo




0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Listen to my interview live on RSI on Tuesday 1st April @ 5.30pm http://www.rsi.sg/malay/main/index/.html


akudetaicon.jpg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Blog Archives -

RSI Interview Part 2