Monday, September 22, 2008

CPR Nite of power

Read more! | 0 comments

Surat Terakhir…

Assalammualaikum wr wb….

Saudara-saudara ku

Allah swt telah memberikan rupa yang indah kepada kau..tapi ini semuanya adalah pinjaman dan kau seharusnya bersyukur keatas nikamt-nikmat itu kerana kau akan dipersoalkan nanti tentang segala pinjaman-pinjaman ini.

Tiada siapa yang akan mendapat kebahagian walau setinggi mana pun pencapaiannya jika ibu bapanya tidak bahagia dan redha akannya….

Alangkah indahnya jika perasaan cinta kau dapat kau tunjukkan dengan perbuatan yang suci, bukan dilafazkan dengan lidah dan parang berulang kali yang hanya kau perjuangkan tanpa tujuan dan tanpa mengerti erti sebenar cinta pada teman teman yang suci lagi murini… aku harap kau pertimbangkanlah manakah bakti dan bukti cinta yang suci dan yang manakah bakti yang boleh melukai….

Ketahuilah bahawa AL Qurann itu akan terus kekal hingga kiamat..ayat-ayat Al Quran akan terus menjadi panduan kepada manusaia untuk berjawa di dunia dan akhirat selamanya… percayalah kata-kata dari ALLAH yang berhubungan dengan kita melalui Al Quran adalah petunjuk buat kita….

Kita hanya akan bertemu lagi di hari akhirat kelak… dan aku harap pertemuan itu nanti kita semua berada di dalam rahmat Allah dan bersama orang-orang Islam yang mengambil petunjuk dari Al Quran.

Jika kamu semua merasakan aku banyak berjuang untuk kamu semua, maka kamu semua telah silap…usaha aku ini tidak dapat dibandingkan dengan perjuangan Nabi MUHAMMADn sollahualai wasaalam untuk menjadikan Al Quran dan sunnahnya sebagai panduan hidup ummatnya….aku tidak dikutuk dan dihina oleh kaumku…aku tidak pernah terluka, tercedera dan patah gigi berjuang kerana Islam, aku tidak pernah bengkak kakiku bersembahyang kepada ALLAH…dan aku percaya aku tidak akan mengingati ummat atau orang lain di masa sakaratul maut pedih menghiris tubuhku..

Aku sanga kagum dan mempercayai kata-kata Allah di dalam surah Al Baqarah yang berbunyi “hudal lin naas” ( Al Quran sebagai petunjuk bagi manusaia) aku pegangi ayat ini dan sematkannya di adalm hati untuk aku tersu mencari petunjuk-petunjuk di dalam Al Quran dan menyingkap segalal rahsianya ….dan…kerana ayat ini jugalah aku cekalkan hati dan teguhkan diri untuk terus mencari dan mengajak kamu semua supaya bersama merasakan kenebarann yang aku rasai…

Tuhan sekiranya hambamu ini layak kesyurgamu…ku memohon agar kau membawa teman-temanku bersama..


My Life Mission: I enable others to discover purpose in their lives and empower them to pursue their dreams and live life to the fullest with God's blessing.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Listen to my interview live on RSI on Tuesday 1st April @ 5.30pm http://www.rsi.sg/malay/main/index/.html


akudetaicon.jpg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Blog Archives -

CPR Nite of power