Sunday, December 30, 2007

Article from Berita Harian 29 Dec - IBE Workshop

Read more! | 0 comments


Article From Berita Harian

Oleh
Norhaiza Hashim

DEMI menggalak lebih ramai anak muda Melayu/Islam menjalankan perniagaan di Internet bagi meraih pendapatan, tiga usahawan yang mempunyai kepakaran tersendiri telah mengorak langkah untuk menganjurkan satu bengkel menjalankan perniagaan di Internet.

Dengan bayaran serendah $20, Bengkel Ibe (Internet Business) selama dua hari itu akan mendedahkan dan mendidik seberapa ramai anak muda Melayu/Islam yang berminat mengetahui cara menjalankan perniagaan di Internet.

Tiga usahawan yang mengorak usaha sosial itu ialah Pengarah Urusan NowAsia, Encik AbuAyubul Ansari (Abang Abu); pemilik firma teknologi maklumat (IT) Ed Borhan, Encik Nur Shaheed; dan pemilik gerbang Internet IslamicEvents.sg, Encik Fadzuli Wahab.

Mereka merupakan pemegang saham syarikat AbangAbu.TV LLP yang sudah pun didaftarkan sebagai sebuah syarikat yang menyediakan rancangan keusahawanan menerusi Internet ala YouTube.

Kelab Ekoniaga (KE) Berita Harian (BH) menyokong bengkel itu.

Menurut Encik Nur Shaheed, idea bengkel itu diadakan kerana mereka melihat semakin ramai anak muda bukan Melayu yang menjana pendapatan lumayan hasil menjalankan perniagaan di ruang siber.

'Kami tidak mahu anak Melayu kita ketinggalan. Justeru kami mengenakan bayaran rendah $20 bagi menggalak lebih ramai anak Melayu menghadirinya.

'Menjalankan perniagaan menerusi Internet merupakan satu perniagaan berisiko rendah. Malah, membentuk laman Internet tidak memerlukan sebarang modal.

'Perniagaan ini akan dapat membantu anak muda Melayu terutama daripada keluarga kurang berkemampuan menjana pendapatan bagi membantu mereka keluar daripada masalah kewangan,' jelas Encik Nur Shaheed yang membuka perniagaan Ed Borhan menerusi Internet tanpa sebarang modal.

Bengkel itu diadakan pada 12-13 Januari ini dari 9 pagi hingga 6 petang di Peck Seah Street.

Dalam bengkel itu, Abang Abu akan memberi panduan mengenai cara merancang perniagaan secara umum; Encik Fadzuli akan menerangkan cara mengubah pelan perniagaan menjadi perniagaan dalam talian (online); manakala Encik Nur Shaheed akan menerangkan cara memasarkan laman perniagaan Internet itu.

Menurut Encik Fadzuli, mereka sedang merancang mengadakan satu pertandingan perniagaan Internet ala rancangan realiti yang dipanggil Wira Internet bagi para peserta yang sudah pun mengikuti bengkel mereka.

Wira Intenet, yang akan disiarkan secara online dalam AbangAbu.TV, merupakan satu projek pertama syarikat AbangAbu.TV.

Menurut Abang Abu, syarikat AbangAbu.TV dibentuk juga pada kos sifar hasil bantuan Encik Nur Shaheed dan Encik Fadzuli yang merupakan pakar dalam bidang Internet.

AbangAbu.TV bakal menjadi saluran Internet yang memaparkan rancangan keusahawanan seperti temu bual dengan usahawan berjaya dan sesi soal jawab mengenai keusahawanan.


IBE Workshop
Date: 12th-13th Jan 2008
Time: 9am to 6pm ( Both Days )
Venue: 25 Peck Seah Street #07-01 Singapore 079315
( Currently in search for a bigger venue...Do follow our news on wirainternet.com for updates)
Registration Fee: $20

IBE Workshop Registration Form -> WiraInternet.com
or call 6296-7413


My Life Mission: I enable others to discover purpose in their lives and empower them to pursue their dreams and live life to the fullest with God's blessing.

fspurelogoeoLogo themaneoLogo




0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Listen to my interview live on RSI on Tuesday 1st April @ 5.30pm http://www.rsi.sg/malay/main/index/.html


akudetaicon.jpg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Blog Archives -

Article from Berita Harian 29 Dec - IBE Workshop