Tuesday, January 22, 2008

Bengkel IBE - 2

Read more! | 0 comments

The image “http://www.technoeo.net/wp-content/uploads/2008/01/ibe-small5.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.


Anda ingin menghadiri Bengkel I Be?

Sekiranya anda terlepas bengkel kami pada 12 dan 13 Jan yang lalu, kini kami akan menganjurkan lagi satu Bengkel I Be pada 2 & 3 Feb akan datang nanti.

Jika anda minat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang pemasaran di Internet, sila hadir bengkel ini...Hanya untuk pemuda- pemudi umur 17 hingga 25 tahun sahaja!!

Jadi apa yang boleh pelajari di bengkel ini?

1) Informasi untuk memulakan perniagaan internet. Di mana nak dapatkan Gambar Royalty Free, domain name yang termurah, hosting server yang cukup power! Dan banyak lagi! Termasuk demonstrasi!!!

2) Cara hendak buat shopping cart dan tambahkan butang BELI? ( Apa tu?? )

3) Organisasi dan struktur - Anda akan bekerjasama dengan rakan-rakan anda untuk menubuhkan syarikat sendiri dan membuat iklan berkenaan dengan bisnis idea anda sendiri...

Nak tahu??? Datanglah ke bengkel kami!!!


Rencana berkenaan dipetik dari Berita Harian pada Sabtu lalu....

BENGKEL RANGSANG NIAGA DI INTERNET Oleh
Siti Mardhiah Mahmood

DENGAN pakaian ala hip-hop dan gaya 'selambanya', Encik Mohd Awardhy Isa, 19 tahun, bercita-cita membuka perniagaan menjual barangan hip-hop edisi terhad melalui Internet.

Itulah antara sebab beliau menghadiri Bengkel Perniagaan Internet (iBe) di Angkatan Karyawan Islam (AMP) minggu lalu.

Bengkel dua hari itu, dengan bayaran serendah $20, dikhaskan untuk remaja berusia 17 hingga 25 tahun.

Ia dianjurkan oleh Pengarah Urusan NowAsia, Encik AbuAyubul Ansari (Abang Abu); pemilik firma teknologi maklumat (IT) Ed Borhan, Encik Nur Shaheed; dan pemilik gerbang Internet IslamicEvents.sg, Encik Fadzuli Wahab.

Bengkel itu turut disokong Kelab Ekoniaga Berita Harian (BH) dan AMP.

'Kami menawarkan bayaran serendah $20 kerana kami dapati ramai belia berminat mempelajari cara mengendalikan perniagaan Internet dan mereka masih merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi,' jelas Encik Shaheed.

Seramai 53 peserta menyertai dan mempelajari dengan lebih mendalam cara-cara memulakan sebuah perniagaan Internet.

Cik Siti Hairani Anuar, 25 tahun, pemilik Nour.sg, yang popular dengan lencana-lencana motivasinya yang menarik dan berwarna-warni, adalah antara yang menyertai bengkel itu.

'Tujuan saya menghadiri bengkel ini ialah untuk mempelajari aspek pemasaran perniagaan Internet kerana perniagaan Internet dan perniagaan biasa mempunyai teknik yang berbeza,' kata Cik Hairani yang mahir dalam bidang pereka grafik.

Para peserta diajar selok-belok perniagaan Internet seperti cara membentuk laman Internet, memilih nama laman (domain name), dan cara-cara menarik pelanggan.

Mereka turut dibahagi kepada beberapa kumpulan seperti sebuah 'syarikat' bagi mempelajari selok-belok perniagaan seperti cara mengatasi persaingan daripada syarikat lain dan mendapatkan kakitangan terbaik.

'Yang paling best ialah ketika kami sekumpulan berlakon dalam skit dengan kami harus mempromosikan produk kepada penonton,' kata Encik Awardhy yang sedang mengambil diploma dalam bidang IT.

Selepas menyertai bengkel ini, para peserta berpeluang menyertai pertandingan 'Wira Internet' secara berkumpulan yang akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Bengkel kedua iBe akan diadakan dari 2 hingga 3 Februari ini. Untuk pendaftaran, sila hubungi 6296-7413 atau laman www.wirainternet.com.

LANGKAH RINGKAS NIAGA INTERNET

1. Dapatkan nama laman anda atau domain name. Ia boleh dibeli daripada www.name.com dengan harga serendah US$5.99 ($8.60).

2. Cari syarikat yang boleh menghoskan laman anda, atau webhosting. Antara laman yang menawarkan khidmat webhosting ialah www.bluehost.com.

3. Pasarkan laman anda! Terdapat berjuta pengguna Internet di seluruh dunia. Jika tiada pasaran untuk produk atau khidmat anda di Singapura, mungkin anda mempunyai pelanggan di negeri lain yang inginkan produk atau khidmat yang anda tawarkan.


Anda juga boleh mendaftar melalui form di bawah

The image “http://www.technoeo.net/wp-content/uploads/2008/01/ibelogo.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
- 2 Full Days -
- Internet Business -
- Workshop & Demo -
Name:
Email:
Contact No:



My Life Mission: I enable others to discover purpose in their lives and empower them to pursue their dreams and live life to the fullest with God's blessing.

fspurelogoeoLogo themaneoLogo




0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Listen to my interview live on RSI on Tuesday 1st April @ 5.30pm http://www.rsi.sg/malay/main/index/.html


akudetaicon.jpg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Blog Archives -

Bengkel IBE - 2