Friday, January 04, 2008

Islamicevents.sg in BH today

Read more! | 4 comments

Alhamdullilah..After a few months hard at work on this portal, finally we made it count to appear in BH.. I have to thank the various party that allowed this to happen. Firstly, we have to thank God for giving us the gifts of " looking at codes at making something out of it", the business mind and so much more. The two partners, Fazli and Luqman for working on this project tireless and without question. I want to thank Abang Abu, I believe without his connection this will not happen. Haiza and Suryani Omar for the interest and writing this article.

I have to also thank the various people whom discourages us from developing this site as it was them that spurred us to move further up... Nevertheless this is not a one or two year project but the three of us believe that this will be a lifetime project dedicated to the Islamic organizations in Singapore. Insyallah it can even last to several generations.

The man who benefits most are those who create roads for others to travel on.....

Here's the article and have fun reading it!!

Oleh
Suryani Omar

INGIN mencari kegiatan Islam untuk dihadiri tetapi tidak pasti bagaimana?

Kini terdapat satu laman Internet, yang direka dan dikendalikan oleh syarikat IslamicSG Networks, yang menyeneraikan pelbagai kegiatan dan kelas agama di serata Singapura.

IslamicSG Networks adalah syarikat baru yang ditubuhkan oleh tiga pemuda - Encik Fadzuli Wahab, Encik Fazli Mansor dan Encik Luqman Hakim Abdul Hadi.

Ia menawarkan khidmat menubuhkan laman Internet selain latihan dan pembangunan dalam mengendalikan laman Internet.

Laman Islamicevents.sg itu bertujuan menyenaraikan dan menguar-uarkan tentang kegiatan berunsur Islam yang dianjurkan masjid-masjid dan pertubuhan setempat.

'Sebenarnya idea ini muncul daripada pengalaman kami sendiri.

'Kami dapati apabila hendak mencari kelas agama dan kegiatan untuk dihadiri, untuk ke laman masjid dan pertubuhan secara individu, agak leceh dan mengambil masa.

'Jadi kami terfikir, mengapa tidak sediakan sebuah portal yang cuba menyenaraikan segala kegiatan Islam setempat,' kata Encik Luqman Hakim ketika ditemui semalam.

Mereka berkenalan di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Encik Luqman Hakim, 24 tahun, adalah penuntut tahun keempat dalam bidang Biologi Pengiraan (Computational Biologi) di NUS, dan Encik Fazli, 23 tahun, adalah mahasiswa tahun ketiga dalam Kejuruteraan Komputer di NUS.

Encik Fadzuli, 25 tahun, mempunyai Diploma dalam Infokom Berbilang Media dari Politeknik Nanyang dan adalah bekas penuntut di NUS.

Dengan modal yang amat rendah, iaitu $200, mereka membangunkan laman Islamicevents.sg dan ia dilancarkan hampir dua bulan lalu.

'Mulanya agak susah untuk mendapat senarai kegiatan. Kami terpaksa pergi ke masjid-masjid itu sendiri.

'Dari segi teknikal, kami terpaksa membangunkan kod dan skrip agar ia dapat dikemaskini setiap hari secara automatik,' kata Encik Fadzuli.

Acara-acara disenaraikan secara percuma.

Bagaimanapun, Encik Fadzuli berkata mereka sedang mendapatkan syarikat-syarikat yang ingin mengiklankan produk di laman tersebut sebagai sumber pendapatan.

'Pada masa yang sama, jika terdapat badan yang ingin mendapatkan slot utama untuk mengiklankan kegiatan mereka, mereka boleh membayar untuk slot tersebut.

'Dengan ini kami dapat meraih pendapatan daripada portal ini,' katanya lagi.




fspurelogoeoLogo themaneoLogo




4 Comments:

  • Alhamdullilah.
    Congrats. Go all the way.

    Zeila

    By Blogger Unknown, at 7:46 PM  

  • thank you

    By Blogger EO, at 7:48 PM  

  • Hi there, congrats on your ebiz. Wishing for your continued success, Insya Allah.

    By Blogger Irfan Darian, at 8:44 AM  

  • Teruskan usahamu . Ingat ABU
    Always Be Unstopable

    hahahaha

    By Anonymous Anonymous, at 3:01 PM  

Post a Comment

<< Home


Listen to my interview live on RSI on Tuesday 1st April @ 5.30pm http://www.rsi.sg/malay/main/index/.html


akudetaicon.jpg

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Blog Archives -

Islamicevents.sg in BH today